Like Us At Facebook

Monday, January 21, 2013

Fahaman Mu'tazillah Yang Menyesatkan

          Di antara umat Islam ada yang menganut fahaman Mu'tazilah. Di antara fahaman Mu'tazilah yang sangat bercanggah dengan fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ialah bahawa Mu'tazilah tidak percaya akan adanya azab dan nikmat kubur. Mereka beranggapan kononnya azab dan nikmat kubur itu tidak rasional dan bercanggah dengan akal yang waras.
        Disamping itu, mereka mendakwa antara lain, bagaimana manusia akan disiksa dan mendapat nikmat di dalam kubur padahal ada manusia yang tidak dikesan kuburnya? Bagaimana dengan mereka yang hancur tubuhnya kerana letupan bom, yang dimakan oleh binatang buas serta hangus terbakar menjadi abu? Semua pertanyaan ini hanya muncul dari orang yang jahil tentang makna alam kubur atau lebih tepat lagi disebut alam barzakh.
          Pengarang kitab al-Irsyad ila Shahih al-I’tiqad, Dr. Salih Fauzan Al-Fauzan berkata:
مَذْهَبُ سَلَفِ اْلأُمَّةِ وَأَئِمَّتِهَا أَنَّ الْمَيِّتَ إِذَا مَاتَ يَكُوْنُ فِى نَعِيْمٍ أَوْ عَذَابٍ. وَأَنَّ ذَلِكَ يَحْصُلُ لِرُوْحِهِ وَبَدَنِهِ وَأَنَّ الرُّوْحَ تَبْقَى
بَعْدَ مُفَاَرَقَةِ الْبَدَنِ مُنْعَمَةٌ أَوْمُعَذَّبَةٌ ، وَأَنَّهَا تَتَّصِلُ بِالْبَدَنِ أَحْيَانًا ، وَيَحْصُلُ لَهُ مَعَهَا النَّعِيْمُ أَوْ الْعَذَابُ .
Golongan Salaf Soleh dan para imamnya berpendapat bahawa seseorang bila wafat akan merasakan nikmat atau azab. Yang demikian itu akan dialami oleh rohnya dan badannya bersama-sama. Sesungguhnya roh akan kekal untuk merasakan nikmat atau azab walaupun setelah berpisah dengan badan kerana roh kadangkala berhubungan dengan badan agar bersama-sama merasakan nikmat atau siksaan.
Perbezaan besar antara Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan Mazhab Mu’tazilah adalah yang pertama mengutamakan wahyu di atas akal manakala yang kedua mengutamakan akal di atas wahyu. (Hafiz Firdaus).

SEJARAH KEWUJUDAN FAHAMAN MU'TAZILLAH

MU'TAZILLAH adalah suatu fahaman yang diasaskan oleh seorang murid Imam Hassan Al Basri yang bernama Wasil Bin ‘Atha’.  Beliau  merupakan seorang yang alim , warak malah seorang yang kuat amal ibadatnya serta  sentiasa menjaga solat Qiyamullail dan seorang yang berani .  Walau bagaimanapun, pada suatu hari  semasa gurunya  Imam Hassan Al Basri  membahaskan  tentang Tajuk:- ”Orang Yang Melakukan Dosa Besar”.Maka timbullah perbezaan pendapat diantara  guru dan anak muridnya.
 
           Mengikut pendapat gurunya yang berdasarkan dalil syarak iaitu Al Quran dan Hadis, bahawasanya Orang Islam yang melakukan dosa besar masih  Mukmin tetapi Mukmin yang "asi" (Derhaka Kepada Allah S.W.T) kerana melanggar larangan Allah S.W.T. Ianya masih Mukmin selagi mana dia masih beriman atau percaya kepada Allah S.W.T dan Rasul-rasulnya .

           Walau bagaimanapun , pendapat  itu telah disangkal oleh Wasil bin ‘Atha’.Wasil mengeluarkan pendapatnya sendiri berdasarkan dalil  logika akal fikirannya dengan mengatakan bahwasanya Pelaku Dosa Besar itu  tidak tergolong di kalangan Islam  yang Mukmin dan juga tidak jatuh ke paras Kafir (Tidak Mukmin Dan Tidak Kafir), tetapi berada  di antara  dua kedudukan  iaitu yang diistilahkan sebagai Manzilah Bayna Manzilatayyn. Tetapi sekiranya  pelaku itu tidak bertaubat, maka  dia akan terus kekal dalam neraka, tetapi menerima azab yang ringan 
.
           Pendapatnya yang berasaskan logikal akal ini disangkal oleh gurunya. Justeru itu, perselisihan faham ini telah menyebabkan Wasil Bin ‘Atha’ bersama kawan-kawannya yang terpengaruh dengan fahaman yang  sepertinya  iaitu ‘Amru  Bin ‘Ubayd  mengadakan majlis pengajiannya sendiri. Tindakan Wasil  mengasingkan diri daripada jemaah gurunya dan menubuhkan Halaqahnya sendiri telah menyebabkan dia dinamakan golongan Mu’tazillah.

           Fahaman Mu’tazillah ini mula lahir pada zaman kerajaan Umaiyah dan mula aktif pada zaman khalifah  Hisham  Bin Abd. Malik (105 –125 H  bersamaan  724 – 743M) dan (724 – 748 M).

           Golongan Mu’tazillah ini telah mempengaruhi penguasa dan tokoh pemerintah yang terkemuka dan mereka yang pandai berpidato dan berbicara dengan mahir. Apabila Khalifah telah menganuti serta melindungi Mu’tazillah, maka aliran bagi fahaman lain seperti Ahli Sunnah Waljamaah telah ditindas dengan zalim.

           Pada tahun 750 M (132H), golongan Mu’tazillah telah berjaya menguasai pemikiran Khalifah Abbasiaah. Khalifah yang telah menganuti fahaman Mu’tazillah ini telah menindas secara kejam ulamak-ulamak yang membantah serta yang tidak menerima edologi fahaman yang berasaskan logika akal yang dibawa oleh Wasil Bin ‘Atha’ tersebut. Akibatnya, keturunan khalifah telah terus menerus selama 34 tahun mengembangkan fahaman tersebut secara paksaan kepada rakyat. Barangsiapa enggan menerima serta menolak fahaman Mu'tazillah akan dipenjara, dan dibunuh. Sesiapa yang menerima fahaman tersebut akan menerima ganjaran dan hadiah daripada pihak khalifah.

           Pada zaman khalifah Abu Ja’far Al Mansur  yang memerintah pada 136-158 Hijrah yang bersamaan  754–775 Masihi, ‘Amr Bin ‘Ubayd, sahabat Wasil Bin ‘Atha’ amat dihormati dan disegani oleh khalifah. Walaubagaimanapun, pada zaman khalifah Umaiyah, golongan berfahaman Mu’tazillah ini mengambil sikap tidak campur tangan dengan pihak istana dan politik .

           Tetapi corak strategi tersebut berubah apabila kerajaan Abbasiah memerintah. Sebelumnya mereka tidak campur tangan dalam hal politik, kini mereka telah bertindak dengan tegas dan berjaya menguasai pemikiran khalifah Abbasiah sehinggakan pemerintah kerajaan Abbasiah bertindak kejam terhadap pengamal-pengamal fahaman selainnya.

           Ketika khalifah Harun Al Rashid memerintah(170–193H bersamaan 786-809 M), golongan Mu’tazillah telah mendapat kepercayaan Khalifah Harun Al Rasyid sehinggakan membenarkan anaknya diasuh oleh golongan yang berfahaman Mu’tazillah. Bukan setakat itu sahaja, gologan ini juga tanpa sedar telah menguasai jabatan kerajaan Abbasiah secara perlahan-lahan.

           Pada zaman khalifah Al Makmum Bin Harun, beliau bukan sahaja telah menjadi seorang khalifah, tetapi juga seorang tokoh Mu’tazillah yang bersikap militan dan ganas. Pada zamannya, golongan Mu’tazillah berjaya mempengaruhi  khalifah sehingga memaksa supaya seluruh rakyat menerima dan menganuti fahaman Mu’tazillah.

           Pada tahun 218H, Perdana Menteri khalifah Al Makmum Bin Harun telah memerintahkan semua ulamak-ulamak dan ahli hukum Islam ditangkap bagi tujuan interogasi (menilai adakah fahaman mereka bersesuai dengan fahaman Mu'tazillah).

           Sekiranya , fahaman ulamak-ulamak itu bertentangan dengan ajaran Mu'tazillah, mereka diugut supaya mengubah pendirian mereka dan menerima fahaman Mu’tazillah . Andai diterima, mereka akan diberi ganjaran dan hadiah yang istimewa. Sekiranya enggan dan tetap dengan  berpegang dengan pendirian asal, mereka akan dipenjara,dipaksa, diseksa dan akhirnya akan dibunuh sekiranya masih kuat berpegang dengan pegangan mereka.
            
Berikut adalah  khalifah Abbasiah yang telah menjadi khalifah dan tokoh Mu’tazillah yang terkenal lagi zalim :-
1.     Khalifah Al Makmum Bin Harun(198-218H/ 813-833M )
2.     Khalifah Al Mu’tasim bin  Harun(218-227H/ 833-842 M)
3.     Khalifah Al Wathiq                     ( 227-232H/ 842-847M)

Justeru itu, dapatlah kita mendapat sedikit gambaran bahawa umat-umat Islam yang telah hidup dibawah kerajaan Abbasiah hidup menderita gara-gara  fahaman sesat yang telah dibawa oleh Wasil Bin ‘Atha’ yang berjaya menyesatkan  pemerintah Kerajaan Islam pada ketika itu. Selama 34 tahun, mereka menghadapi tekanan fitnah yang amat besar daripada golongan Mu’tazillah. Selama itu juga golongan Mu’tazillah bertindak kejam dan zalim terhadap Ahli Sunnah Wal Jammah, syiah dan lain-lainnya.

     Diantara Ulamak Muktabar yang hidup waktu “Fitnah itu” adalah seperti berikut:-
1.     Imam Al Bukhari
2.     ‘Isa Bin dinar
3.     Ahmad Bin Nasir Al Khasa’I
4.     Imam Ahmad bin Hambal
5.     Muhammad bin Sa’d
6.     Abu Muslim Mustamli Yazid bin Harun
7.     Abu Khaytammah
8.     Ismail bin Dawud
9.     Ismail Bin Abu Mas’ud
10.  Ahmad bin Al Dawraqi
11.  Muhammad bin Nuh
12.  Al Qawariri
13.  Sajjadah.

Tokoh Mu’tazillah yang bertanggungjawab mendalanginya:-
1.     Ahmad bin Abi Du’ad
2.     Abd Rahman bin Ishaq

 Ulamak –ulamak yang terpaksa  menerima fahaman yang memaksa mereka mengatakan bahawasanya  Al Quran itu Makhkuk setelah menerima ugutan bunuh:-
1.      Muhammad Bin Sa’d
2.      Abu Muslim
3.      Yahya Ma’in
4.      Abu Khaythamah
5.      Ismail Dawud
6.      Ismail Abu Mas’ud
7.      Ahmad Dawraqi
Ulamak  yang terpaksa mengakui Al Quran adalah makhluk semasa Khalifah Al Mu’tashim (218 – 227H):-
1.      Sajjadah 1 hari diseksa akhirnya mengalah
2.      Al Qawariri 2 hari diseksa akhirnya mengalah
3.      Muhammad Bin Nuh  semasa dalam perjalanan menuju berjumpa hakim
                                                   
Ulamak yang utuh mantap Imannya adalah IMAM  AHMAD BIN HAMBAL.
 Walau bagaimanapun , penderitaannya amatlah berat sekali.
q  Tangan dirantai dengan rantai besi
q  Dipenjara selama 30 bulan (Akhir zaman Makmum hingga zaman Mu’tashim)
q  Disebat 38 kali dan dipenjara
q  Pada bulan puasa (Ramadhan) disidang selama 3 hari
                                                                    i.Hari pertama dipukul sehingga berdarah
                                                                  ii.Hari kedua dipukul sehingga badannya pecah-pecah
                                                                iii.Hari ketiga dipukul sehingga beliau pengsan dan terputus tali celananya tetapi tidak terbuka auratnya dengan kuasa Allah S.W.T.

        Ulamak-ulamak yang syahid mati dibunuh ( Kepala dipancung) adalah :-
Ahmad Bin Nasir Al Khaza’I
Sumber:- 1. http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah1/chapter1%20muktazilah.htm 2. http://mimbar786.blogspot.com/2011/03/fahaman-muktazillah-yang-menyesatkan.html

Penipuan Besar Yahudi Zionis Dalam Penerokaan Angkasa Lepas

Walaupun kita semua telah belajar semua tentang bumi,tetapi masih terdapat lagi rahsia alam angkasa lepas yang belum kita terokai. Disini telah dikumpulkan beberapa teori-teori konspirasi yang paling terkenal mengenai ruang angkasa:-

Pendaratan Bulan adalah satu penipuan!!
Pendaratan di bulan adalah tipu helah Amerika Syarikat. Ini kerana Amerika sebenarnya tidak mempunyai teknologi yang begitu canggih untuk mengangkut manusia ke bulan dan kembali semula ke bumi.

Permukaan Planet Marikh!!
Pada tahun 1970-an, kapal angkasa NASA mengambil gambar permukaan Marikh dan menghantar imej kembali ke NASA. Dalam satu gambar, bukit di permukaan Marikh kelihatan sedikit seperti menyerupai muka manusia. Ahli teori konspirasi berteorikan bahawa suatu tamadun makhluk asing telah menjajah planet Marikh dan bahagian muka adalah bukti kewujudan makhluk asing.

Permukaan rata bumi!!
Pada tahun 1956, Samuel Shelton telah mengemukakan teori tentang bentuk Bumi iaitu, bahawa ia adalah rata.

Satelit pengintip USA 193!!
Pada Dec 14, 2006, Vandenberg, Pangkalan Tentera Udara telah melancarkan sebuah roket yang membawa satelit yang dipanggil USA 193. Satelit itu adalah sebahagian daripada program perisikan Pejabat Kebangsaan Peninjauan. Dalam erti kata lain, ia adalah sebuah satelit pengintip.

Planet X!!
Adakah sistem suria kita mengandungi planet gergasi, dan tidak dinamakan? Ia berfungsi, mengikut teori Planet X. Teori ini mengatakan bahawa sistem solar kita mempunyai 10 buah planet jika anda mengira Pluto sebagai sebuah planet.

Pembohongan Roswell!!
Ramai yang percaya bahawa tentera AS telah menjumpai kemalangan kapal angkasa makhluk asing di Roswell, New Mexico. Mereka mendakwa bahawa pelbagai bahagian kapal angkasa makhluk asing itu telah diambil dari tempat kejadian.

Illuminati dan Kebesaran-12!!
Rahsia kerajaan adalah tunjang dalam teori konspirasi. Menurut William L. Moore, "UFO logist," Kebesaran-12 adalah kod nama untuk jabatan kerajaan rahsia yang diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman.

2012 dan berakhirnya dunia!!
Kita boleh menyalahkan semua bangsa Maya. Mereka mencipta Kalendar Count Long, sistem pengukuran masa yang mempunyai kepentingan rohani dengan budaya mereka. Mereka menganjurkan kalendar mereka ke dalam kitaran yang akan berakhir pada Disember 2012.

Peralihan Kutub!!
Sesetengah orang percaya bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan Bumi tidak selalu terletak di mana mereka berada sekarang. Mereka percaya Bumi pernah berputar pada paksi yang berbeza. Yang lain mengatakan bahawa bumi sentiasa berputar pada paksi kutub, tetapi kerak Bumi beralih supaya tanah sentiasa terletak pada setiap perubahan kutub.

Angkasawan mati!!
 Ia adalah dikatakan bahawa Gagarin bukanlah orang pertama. Dua adik-beradik Itali mengatakan bahawa mereka dipintas penghantarannya antara operasi darat dan kapal angkasa untuk kedua-dua misi Amerika dan Soviet. Penyokong teori percaya kerajaan Soviet menyembunyikan kematian angkasawan ini untuk memelihara reputasi negara sebagai pemimpin penerokaan angkasa lepas.

Sumber: http://www.halimislam.com/2012/04/penipuan-besar-yahudi-zionis-dalam.html